22 October, 2009

1 word, 4 letters





“Have you ever been in love? Horrible isn't it? It makes you so vulnerable. It opens your chest and it opens up your heart and it means that someone can get inside you and mess you up. You build up all these defenses, you build up a whole suit of armor, so that nothing can hurt you, then one stupid person, no different from any other stupid person, wanders into your stupid life...You give them a piece of you. They didn't ask for it. They did something dumb one day, like kiss you or smile at you, and then your life isn't your own anymore. Love takes hostages. It gets inside you. It eats you out and leaves you crying in the darkness, so simple a phrase like 'maybe we should be just friends' turns into a glass splinter working its way into your heart. It hurts. Not just in the imagination. Not just in the mind. It's a soul-hurt, a real gets-inside-you-and-rips-you-apart pain. I hate love.” - Neil Gaiman


19 October, 2009

Amarah terbakar




aku kucup perasaan
merasa yang tertawa
aku menyentuh hati
merasa yang basah
pilu. hiba, mungkin.




sudah lama aku bergelut dengan kegelapan
sementara risiko belum menjemput aku
masih boleh aku berlari dengan kereta laju?
masih boleh aku selesa bogel?
aku belajar untuk tidak menghina aku.




tapi mengapa aku masih keberatan?
aku tak minta tak juga aku doakan
aku tak harap tak juga aku aman
aku tak rela, aku tak rela dengan semua ini!




aku tidak mahu menconteng arang lagi, aku tahu aku akan menyesal
- aku memilih untuk tidak berserah pada takdir kali ini
dan biarlah takdir itu rahsia dalam takdir itu sendiri.






Aleya Ariana. 19 Oktober 2009,
4.02 petang

06 October, 2009

HADIS AL-IFKI (tuduhan palsu)
suatu pengajaran






{Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.} [Yusuf: 18]




(Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.} [An-Nur: 11]




Cuba kita bayangkan betapa besarnya jenayah yang dilakukan oleh si munafiqin Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya.



1. Bayangkan bagaimana keadaan Rasulullah SAW sebagai seorang nabi dan rasul. Seorang pemimpin, dituduh isterinya yang disayangi sedemikian rupa, dikotori tempat tidurnya, dicemari kehormatan rumahtangganya dengan tuduhan liar sehingga menjadi buah mulut percakapan orang serata tempat selama sebulan. Sedangkan Baginda tidak tahu apa yang hendak dibuat dalam kes ini.



2. Lihat pula bagaimana keadaan Abu Bakar as-Siddiq RA seorang yang benar dalam semua perkara, seorang yang dihormati dalam masyarakat, anaknya dituduh sedemikian rupa, sehingga keluar keluhan dari mulutnya, satu ucapan yang membayangkan satu penyeksaan yang ditanggungnya.



3. Juga Ummu Ruman, isteri Abu Bakar yang setia, ibu yang baik, anaknya ditimpa tuduhan palsu yang jahat. Sedangkan telah diasuhnya dengan penuh kasih sayang dan adab yang sopan.



4. Bagaimana pula perasaan orang yang dituduh, Aisyah binti as-Siddiq, perempuan yang cukup menjaga kehormatan diri, isteri yang patuh dan setia, isteri Rasulullah SAW, penghulu segala nabi. Dia dilempar dengan tuduhan yang sangat kejam, yang tidak berperikemanusiaan dan tidak ada siapa yang membelanya, menanggung azab sengsara seorang diri sebulan lamanya. Tidak ada teman hidupnya kecuali tangisan dan airmata. Berserah diri sepenuhnya kepada Allah, mengharapkan pertolongan dan bantuan, setelah terputusnya bantuan dari manusia. Betapa azabnya seorang isteri yang masih muda, menanggung azab seorang diri, sedangkan suami sendiri kelu lidah dalam perkara ini.



5. Betapa pula tersiksanya seorang mujahid yang berjuang menegakkan Islam dengan penuh ikhlas, Sofwan bin al-Mu'attal RA. Beliau telah ditohmah dengan satu jenayah yang besar, dituduh mengkhianati Rasulullah SAW yang dicintai dan dihormati, dengan menjalinkan hubungan dengan isterinya.



6. Akhirnya bayangkan bagaimana keadaan masayarakat Islam pada masa itu, semua berada dalam keadaan keluh kesah tidak tenteram dan berpecah sesama sendiri dalam kes ini.



Demikian betapa besarnya jenayah membuat tuduhan palsu dan mengadakan berbagai cara untuk memporak perandakan ketenangan dan kedamaian umat Islam.



Bagaimanakah sikap umat Islam dalam menerima berita dan apakah sikap kita terhadap pernacangan jahat golongan munafiqin?



Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

[Al-Hujuraat: 6]



{Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.} [An-Nur: 12-13]



Allah SWT memberi amaran agar jangan bercakap sebarangan membuat ulasan, mungkin kita menyangka isu yang diulas adalah perkara biasa atau remeh tapi dosanya sangat besar di sisi Allah SWT:



“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. padahal dia pada sisi Allah adalah besar.” [An-Nur: 15]




Akhirnya, umat Islam hendaklah menjaga lidah daripada menjadi penyebar fitnah atau pembawa berita palsu, kerana semua perbuatan dan perkataan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah azza wajalla pada hari Kiamat, firman Allah SWT yang bermaksud: {Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggunganjawabkannya.} [Al-Isra': 36]




Sabda Nabi SAW:



Berkata Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW menaiki mimbar dan bersabda dengan suara yang kuat: Wahai golongan yang masuk Islam dengan lidahnya, tetapi imannya belum sampai ke hatinya (munafiqin), jangan kamu menyakiti kaum muslimin, jangan menghina mereka, jangan juga mencari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang bekerja mencari keaiban saudaranya yang muslim, Allah akan mencari keaibannya dan sesiapa yang dicari keaibannya oleh Allah, Allah akan mendedahkannya walaupun (tersembunyi) di dalam rumahnya (kenderaannya).”



Pada suatu hari, Ibnu Umar memandang ke arah Ka'bah, kemudian beliau berkata: Sungguh besar kedudukan dan kemuliaanmu, tetapi lebih besar lagi kehormatan orang mukmin itu di sisi Allah daripada kamu. [HR Tirmizi]



Semoga Allah SWT menyelamatkan tangan dana lidah kita daripada perkara-perkara tersebut. Moga dijadikan peringatan kepada semua termasuk diri aku sendiri. Amin.




Sumber :

Tafsir Ibnu Kathir.
Ar-Rahiq al-Makhtum.
Majalah Suara Madinah



05 October, 2009

Permulaan penghujung (hidup ini indah)





bandung dulu baru jakarta
senyum dahulu baru di baca
kalau sudah nyalakan lampu
jangan lagi kau nyalakan lilin
kalau sudah tambah umur
jangan lagi main-main
duduk melamun ingat kekasih.





Aleya Ariana. 2.13 petang
5 Oktober 2009

17 September, 2009

Like eating glass




harapan muntah terhenti
nafas mula brek, perlahan
jiwa hangus tak terbakar lagi
mungkin kemarau hati



orang hidung tinggi selalu rugi
kasih masih bersarang benci
cinta masih sesat dalam duri
bicara masih berlapis-lapis
kelakuan masih mabuk
ikhlas masih
bongkak, lalu
rindu masih tipu.




.. sedangkan ilmu masih lagi bercerita
jahil masih insaf - tahu jalan pulang ke rumah.





mereka masih begitu raya, masih begitu raya.





Aleya Ariana. 17 September 2009,
11.15 malam


01 September, 2009

Minn von




merdekakah?
sedangkan

derita pasti masih
zalim masih
jahil
maut masih tingkat

jiwa masih
kotor

rasa masih muda
suara masih
terketar
badan masih lebam
mata masih
kaca
hati masih sesat
jasad masih
mati
semangat masih nazak
takut dengan hantu diri.




aku belum bebas lagi.









Aleya Ariana. 1 September 2009,
12.37 pagi