10 October, 2010

3.57



sumpah aku tulang bahasa
kata-kata malang segan menyala
hati aku adik laut.


bisik-bisik ghairah angin
bertembung darat berdarah
terlalu asing aku dalam angin sendiri
4 penjuru aku tetak kehadiranku
terus bumi buas menguap.


aneh aku dalam aneh ketiadaan
bila aneh dan bila tiada, gagal merasa
tak mahu aku dadah sendiri
aku melangkah ke segala sudut
aku menjadi bola besar.



ilusi lembut menyiat mimpi
mimpi mencapah-capah terus
lantas semua bersuara
tak pernah ia selamat sampai dunia.



Aleya Ariana & Adam Kasturi. 10 Oktober 2010,
3.57 pagi

0 comments: