06 December, 2010

Jukeroo



Alex keluar tengok wayang sorang harini. Orang dalam cinema kiri kanan pandang Alex. Macam orang tengah jerit bila sakit otak bila Alex gelak dekat bahagian yang langsung tak lucu! Alex siap tegur orang sebelah dengan nada Donald Duck "You can have my popcorn if you want. Or perhaps we can share it together? Wouldn't that be sweet?" Orang sebelah terus bangun dan tukar tempat. Alex senyum sendiri, Alex rasa manusia tadi tak ada life, tak ada telur dan tak reti have fun. Alex perempuan yang suka perkara random dan spontan. Alex selalu fikir apa yang perlu malu? Hidup ini pendek. Buat apa sahaja yang kita nak. Tak perlu fikir itu ini panjang lebar. Kalau duk fikir "What if's" tak kemana. Alex rasa orang yang terlalu malu dan takut adalah orang yang ada inferior complex. Tak ada keyakinan langsung, tak boleh berdiri dengan sendiri. Bila bila sahaja boleh tumbang dan mati.


Umur Alex dah dewasa tapi bila tengok kartun gelak macam budak kecik. Mengada ngada macam nak kena slap! Walaupun orang selalu kata Alex nampak seperti budak kecik yang terperangkap dalam badan wanita, Alex lah perempuan yang sedang berperang di civil war - berperang dengan perkara yang dia mahu, mempersoalkan tujuannya dalam hidup, konflik identiti, penat dengan rasa, penat merasa dalam rasa itu sendiri. Bila Alex hilang faith cepat cepat dia mencari faith kembali. Alex takut dia akan hilang cahaya itu. Pernah sekali Alex pegang cahaya tu terlalu kuat sampai Alex jatuh teruk. Hatinya sakit macam kena sumpah jadi iceberg. Aku masih ingat lagi satu malam, Alex baring di lantai menangis sampai kena asthma lepas tu gelak cakap sorang sorang.


Aku kenal Alex sebagai sorang yang lurus dan mudah mesra dengan orang. Kerana itu, konfusi dan dillema melihat manusia bodoh dan pentingkan diri memijak kepalanya. Akhirnya, Alex membuat keputusan untuk bersendirian untuk jangka masa yang agak lama. Macam melampau bila dia nak lama lama. Sebab bila dia diam - semua kosong, semua jadi sunyi, buta rasa gelap macam sesat dalam hutan pusing dekat tempat yang sama seratus kali tapi tak jumpa jalan keluar. Walaupun macam kejap tapi rasa macam esok takkan ada Alex lagi. Aku rasa kalau dunia kiamat, Alex tetap akan senyum dan gelak dan bernafas dan hidup seolah olah seperti hari terakhirnya. Alex pernah tanya aku, "Is it normal to be happy & depress at the same time?" "I think its pretty normal but not good when you feel confused" Aku cakap. Alex sambung lagi "I dont know what I feel, it's like there's this disease where it'll come & go on me. It's creating its own army inside me. It's not that I'm not thankful or content with my life, nothing to do with that. You just come to a point where you just hate everyone equally. You're like a pessimist. And you no longer give a damn about what others do. You're just you wanting to be free. - RUN"


"It's not really hating people I guess, its just ignoring people existence, motives, goals etc. That's ennui. You feel like "What's the point? But somehow along the way I got distorted by it cos I didn't wanna go mad like seriously insane totally shut down. You just have to know, learn to select your thoughts, adjust insides, to know your reasons of doing things and do the things that will make you happy. You'll be alright, I promise" Aku faham dan begitu jelas dengan perasaan Alex kerana aku pernah rasa dan lalui apa yang Alex rasa. Alex terdiam kejap dan baring atas peha aku. "I've always been a happy girl. I think I have a phoenix heart, like suicidal but burns with bright colours. 'Cos at the end of the day when I'm alone, I do feel a little depress & sober. And it hurts." kata Alex dengan suara sedikit hiba. Aku terus peluk Alex dengan rapat sekali macam nak serap luka dan darah dia ke badan aku. Macam aku tak nak bagi dia jumpa satu pun manusia sial. Aku sedar badan Alex sedikit kurus. Alex nampak sihat tapi macam sakit dan lemah. Perlu laughing gas sedikit. Aku tak tahu macam mana nak tolong Alex sedangkan aku sendiri sesak dan buntu tengok tahi duk bersepah dekat jalan dari minggu lepas. Tak ada sorang pun yang nak kutip. Aku cium bibir Alex, pegang tangan dia dan letak dekat dada aku. "Flesh, blood, warmth and love. I always carry you around me wherever I go."





Aleya Ariana. 6 Disember 2010,
8.48 malam

0 comments: