10 December, 2010

Kompromi graviti



apa yang kau akan cari, apa sahaja?
apa yang kau akan curi?
warna warna beribut macam empayar istana
cahaya gila jatuh dalam mata terus buta
pusing kepala dan cepat cepat berjalan
tak ada waktu yang tak ada jalan raya
jalan T mati langgar anak unta seekor
kepak monyet macam kipas gundik dinasti Tang
hati mentadak lihat dulu sebelum nak jalan
silap langkah boleh meninggal
nanti kritikal boleh menangis
bintang bintang pun mati kebulur
satu satu keluar dari pasu bunga
macam nak pergi pasar tani beli ikan
bagi McNuggets dekat orang tua yang tak kenal
pegang tangan budak kecik yang tak reti ice-skating
peluk iguana macam peluk anak sendiri
lompat laju laju atas katil sampai patah
pergi berpesta pakai baju terbalik
tengok wayang sampai terpegang tangan orang sebelah
bawak anak dugong masuk tidur dalam bilik!
golek golek goncang dunia sendiri keluar bunga api
tidur dalam keranda rasa macam mulut kena UHU
manusia lagi ngeri dari hantu
sesak nafas tercekik oksigen macam ikan yang tenggelam
lari masuk dalam paling malam dan sembunyi
dengar sahaja apa hujan boleh buat
air mata boleh buat orang mati hidup semula
macam dalam cerita Disney
teko antik boleh menyanyi
kuda boleh senyum sampai ke telinga
tiba tiba semua binatang boleh bercakap dan jadi kawan
boleh menangis sambil menari.




Aleya Ariana. 10 Disember 2010,
4.52 pagi

0 comments: