Dan dia mendekati dengan perlahan dan memeluk aku rapat rapat dari belakang. Seperti selalu dia akan mencium dahiku dan membaringkan aku yang separuh lemas di katil lalu menyelimuti aku, kemudian membiarkan rokoknya mati di situ.
Dia kata dia perit sebab dia cintakan sorang perempuan ni yang mencintai lelaki lain. Aku cakap mencintai tak semestinya harus memiliki. Doakan sahaja dia bahagia, kau pun bahagia. Dia cakap tak boleh sebab perempuan tu juga mempunyai perasaan terhadapnya. Dia rasa dia lebih layak untuk menjaga perempuan kesayangannya itu. Kalau betul perempuan tu pilih dia sekalipun, perempuan tu akan selalu ada rasa cinta dan sayang pada lelaki pilihan pertamanya. Dan jika dia memilih untuk bersama lelaki pertama itu tadi, akan selalu hadir rasa rindu dan bersalah terhadap sorang lagi. Akhirnya, perempuan tu kalah bersama sama cinta kerana gagal mencintai cinta itu sendiri. Ini bukan waktu untuk buat perkara yang betul, gopoh sangat nak buru benda yang mencabar moraliti kau, akhirnya menyimpang tujuan kau sendiri juga. Buat salah banyak kali tapi masih ulang tu pun bukannya pandai. Buat salah yang baru supaya belajar benda baru dengan betul. Kau buat salah pun supaya kau tahu apa yang true, dan perlahan kau belajar apa yang sebenarnya betul, dari situ cuba faham 'bagaimana' untuk baiki kerosakkan sendiri.
Apa ni? Dah selesai makan baru tahu daging tadi sebenarnya mentah.
Aleya Ariana. 24 Januari 2011,
2.50 pagi
24 January, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment