Perempuan hati peluru lepaskan das terakhir sambil
menghidu darah dan daging suam-suam panas, ada bunga ros putih ditepi dirambutnya
moris abdullah said hearts like mushroom, perempuan toksik hati macam zebra
bila nyanyi quizzical seperti hidup dalam momentum tak punya dinding
degil macam kuda mahu maki mahu tapi malu hati tak sama girang
baring di rumput padang tembak wajah hibiscus kata kata mudah putus ekor
bila sampai hujung bibir yang cuma ada senyum patah bunga api mabuk menari
dalam malam pelangi 23 balerina sedang berenang di kepala piano
monita fang wanita yang suka pakai cucuk sanggul fluoresen
masih lagi teruja bila petik lighter banyak kali tapi tak berjaya
peluk pelukan hangat dari dalam seperti angin datang menampar pipi
-21 aku pun tak percaya sambil makan Rocky menggigil macam monyet kena belacan
tengok windmill dekat netherlands cuba tangkap bintang bintang terbang
yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang
tulisan Alexandria makin kabur cebisan kata mudah pecah mula hilang
derita itu tak selamanya; lukanya tetap kekal dan masih lagi tidak biasa dengan biasa
setiap yang disentuh ertinya jauh lebih istimewa dari erti itu sendiri
bila yang sunyi merasa ragu dalam ketawa takut pada bayang dalam cermin
mimpi buruk semakin liar hura hara kirimkan kejutan jahat
kabus tebal telah mengaburi mata untuk melihat wajahnya untuk kali terakhir
bayang Alexandria menjadi satu dengan debu dan asap sungai yang
mengalirkan air matanya menjadi lagu dalam bunga - baunya dihidu oleh Tuhan
dia itu cinta yang mencintakan dirinya dan cinta itu dia
dan aku perempuan aku sendiri, milik aku.
Aleya Ariana. 22 Julai 2011,
3.42 pagi
22 July, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
(",)
salam,lama tak jengok,how u've been? :)
Post a Comment