18 February, 2011

Pakai kasut terbalik jalan atas api, rama-rama datang hinggap di atas bahu. Kita selalu berkongsi madu bila petang-petang. Tapi menjelang malam, bukan lagi begitu.



Petik jari 2 kali, lagu masih kencang. Dan seperti biasa akan terus berputar sepanjang malam hingga ke petang esok. Beberapa kali kedengaran hentakkan tangan di katil dengan kuat. Kenapa rasa bilik ini bising? Bahkan terlalu sunyi untuk ada kewujudan bunyi. Lihat 4 dinding yang kembali merenung ada goresan perlahan memotong tisu dada. Bilik semakin kecil, udara berkali-kali tidak sempat menziarahi ke tingkap. Foto-foto yang separuh penuh di dinding masih memberi ketenangan dan kehibaan yang sama. Jari-jari bergerak laju mencapai cawan untuk air, belum sempat dicapai cawan terjatuh dan pecah. Badannya merangkak perlahan ke bawah lantai lalu bersungguh-sungguh menjilat air yang tertumpah, bibir yang kelihatan terlalu kering pecah dan mula berdarah. Air matanya terus membasahi wajahnya yang berpeluh dan kepenatan teresak-esak untuk cuba mengerakkan kakinya yang lumpuh. Jeritan demi jeritan dari hatinya berdentum, tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang mendengar. Dan jika mereka yang mampu mendengar dentuman hatinya, bunyi sekuat mercun bahkan nuklear yang dicipta oleh manusia yang juga disaksikan oleh manusia sendiri, akan begitu kalah. Tangannya yang mengiggil mencapai kotak rotan yang berdekatan lalu mencapai gunting kecil, lantas mencucuk-cucuk menggores berkali-kali seperti menconteng arang ke atas dadanya yang sakit.



"Aku mahu sembuh"




Aleya Ariana. 18 Februari 2011,
5.11 pagi

4 comments:

Rips said...

Salam :)

Just to tell you that I had delete the post. Really sorry about it :)

Aleya Ariana said...

Salams girl,

No problem. Thank you so much, I know you had good intentions when you shared the post back then. Sorry I had you removed it due to other personal circumstances. Take care :)


AA

lalasarahyokers said...

just 2 let u noe that i love ur words... really "menikmati" tulisan kamu -love-

Aleya Ariana said...

Terima kasih gadis! :)

Love,
AA