15 March, 2011

Staccatissimo


Trek kereta api buat aku nak toreh susu dari hati. Yang teragak-agak menunggu di lampu trafik pada pukul 3.45 petang dengan mata terkebil-kebil. Waktu melangkah terlalu kering aku mula pening dengan bunyi. Gerakkan aku ikuti juga perlahan runtuh. Susunan rangka tidak lagi praktikal seperti melukis treble clef dan semiquaver.
Stokin merah jambu aku banyak rahsia tentang kematian dan ketuhanan. Belakangan ini, wajah yang sama selalu bergaduh, selalu hitam muka. Aku letak balik foto di meja. Baring dan senyum bila nampak sekeliling aku sentiasa bercahaya dengan tahi bintang dan bulan. Aku dapat berhajat hampir setiap hari, tak perlu lagi tunggu di luar rumah dengan pyjamas. Bilik aku macam dekat clubbing, sebab banyak lampu warna warni. Tapi tak berapa real, sebab sini tak ada arak, cuma ada susu fernleaf. Itu pun boleh mabuk kalau terlebih minum. Kalau boleh, aku nak simpan rambut panjang-panjang macam Rapunzel dan libas orang jahat dari belakang. Tak pun, berlakon jadi hantu. Orang kita suka cerita horror, yang takut sampai menakutkan diri sendiri. Yang diam pula asyik mimpi ngeri dua tiga malam. Yang tak tengok sangat siap tutup mata dengan sebelah tangan pun boleh kena histeria. Unikorn aku masih hidup dan suka buat bunyi macam kena cekik tulang ikan tengah-tengah malam. Lagi ngeri, macam ada toyol dalam bilik. Oh semalam, aku curi tengok Lumiere dan Featherduster manja-manja belakang langsir. Sebab geli hati sangat, aku tergelak sampai mereka perasan pastu lari. Syukur, ikhlas dan sabar. Aku tahu kita akan selalu bersalaman dari jauh, lalui bunyi yang lebih diam dari bumi, rasa yang kita rasa lapang dan tenang tanpa terikat dengan batas waktu atau tempat. Sayang, indah itu boleh wujud di mana sahaja.



Satu hari nanti semua yang baru juga akan lama, elok akan rapuh, kaya akan miskin, muda akan tua, segar akan layu, sihat akan sakit, betul akan tipu, fikiran akan lupa, putih akan hitam, dan akhirnya hidup akan mati. Semuanya akan kembali, SATU.



Aleya Ariana. 15 Mac 2011,
10.28 malam



3 comments:

LaNgIt yAnG iNdAh,aWan YaNg MeNdUnG said...

Ya Allah, Engkau tetap dan teguhkanlah Iman hamba Mu ini, Aku memohon dan berdoa, Engkau tetapkan hamba Mu ini sentiasa dalam Rahmat dan Keberkatan Engkau, Ya Rahim,Ya Rahman, Ya Hayu,Ya Kayyum, Ya Zaljalaliwa Ikram, Sesungguhnya hamba Mu Aleeya Ariana memilih Mu,Menegak agama Mu, Menolong agama Mu, Berikanlah dia kekuatan, untuk teruskan Perjuangan agama Mu ya Allah, Ya Muhaimi,Ya Aziz Ya Jabar,kurniakan dan limpahkan kekuatan hati Hamba Mu ini,sesungguh nya Engkau tidak pernah memungkiri janji dan engkau bersifat Maha Pemalu dan Engkau akan merasa malu sekiranya tidak menunaikan doa Hamba Mu dan kekasih Mu Ya Allah,

Rabbana atina firdunia hasanah,wafi'a qirati hasahan waqina azabanar. Amin Insyallah

Aleya Ariana said...

Aww..Amin. Terharu saya. Terima kasih saudara. Semoga Allah memberkati kamu juga :)

said...

"She struggled with her sadness, but tried to conceal it, to divide it into smaller and smaller parts and scatter these in places she thought no one would find them. ”

From Nicole Krauss, Great House which I'm currently reading. Remind me of you somehow. Thought I would share :)